Followers

Thursday 16 April 2015

Charity Event - Rumah Kenangan Johor Bahru

“If you wait until you can do everything for everybody, instead of something for somebody, you’ll end up not doing nothing for nobody.” ~ Malcom Bane -

Pada hari Selasa yang lalu, Kami dari Seagate telah datang melawat Rumah Kenangan Johor Bahru. Ini adalah merupakan acara tahunan kami bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan mereka yang memerlukan. Pengisian setiap kali lawatan kami adelah berbeza mengikut keperluan Rumah Kenangan Johor Bahru ini.

Ketibaan kami seawal 8.30 pagi disambut dengan senyuman staff dan penduduk Rumah Kenangan. Ucapan pembukaan daripada pihak Seagate dan Pihak Rumah Kenangan. Taklimat juga diberikan mengenai penduduk rumah Kenangan. 

Berdasarkan taklimat yang diberikan, berikut adalah kriteria mereka yang menghuni rumah kenangan Johor Bahru ini:-
  • Daif dan berumur lebih daripada 60 tahun.
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai sanak saudara.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal tetap.
  • Berupaya menjaga diri sendiri.
  • Atas perintah mahkamah:-
    • Orang papa ( pengemis ) dan kuturayau untuk tahan sementara dan siasatan
    • Dalam perjalanan sebelum dipindahkan ke Pusat Pemulihan Pengemis.

Objektif kahadiran kami selain ingin menggembirakan penduduk disini, kami juga menyumbang beberapa barang keperluan asas hasil kutipan daripada warga Seagate. Kami juga menyumbang tenaga dan material untuk mengecat pagar batu dia laman Rumah Kenangan Johor Bahru. Jom kite layan gambar gambar aktivity kami di Rumah Kenangan Johor Bahru.



Live band dari Seagate.


 Warga Tua menari dan ber Poco poco

Menghidangkan brunch.

Zulzaini dan pakcik Osman.

Beramah mesra dengan makcik2 pulak.

Kerusi beracun

Penyampaian hadiah

Bersama Pn Normah.



Antara yang sudi jadi Volunteer 

Dikala kami yang perempuan bungkus hadiah untuk penghuni rumah kenangan, yang lelaki mula mengecat. Pilihan warna ialah hijau. Jom kite cikidout  aktivity mengecat nih.






Pada pukul 1 kami mula melawat asrama penghuni rumah kenangan. Menurut pengurusan disini, kami agak bertuah kerana selalunye pelawat tidak dibenarkan masuk ke asrama. Kami berkesempatan menyampaikan buah tangan dari Seagate kepada setiap penghuni Rumah Kenangan Johor Bahru.



Antara activity warga tua disini ialah bercucuk tanam.

Terkagum jap ngan pokok lada disini. Cantik.. 

Selain bercucuk tanam, mereka juga menjalankan aktiviti menjahit dan kelas agama. Semua aktiviti yang dijalankan adelah dengan suka rela. Tiada paksaan untuk penyertaan.

All of us.

Time to say good bye.

Aktiviti kami tamat pada jam 2pm. Setinggi perhargaan kepada pihak pengurusan Rumah Kenangan kerana sudi menerima kehadiaran kami. Tahniah untuk kumpulan volunteer ini. Korang memang terbaik!!.

Reach Out With Love...



Monday 6 April 2015

Travel Info - Hotel, Hostel or Guesthouse?


Since kat luar tu hujan and aku ala ala stuck kat opis ni tapi malas dah nk fikir pasal kerja. Dapat pulak idea nk share. Entah entah korang dah tau. Sape dah tau xyah continue bace. Selalu aku dapat soalan cepu emas.. Pae ko dok hotel mane mase ko gi _ _ _ _ _ aritu. ha sile isi tempat kosong. 

Sebenarnyer aku jarang repeat hotel yang sama terutama hotel kat Seoul tu. Benda yang paling aku x suke hotel kat bandar2 metropolitan ni ialah bilik terlalu kecil. Masalah bile bilik kecik ni ialah susah nk solat. Tapi biasala kan.. U get what u pay la kan. Backpacker katenyer. Bajet ciput. Since aku x berape nk suke buat keje redah, normally aku akan proper booking hotel sebelum sampai. Sebabnyer aku penah merase dalam winter carik hostel sbb x leh tdo kat airport Jeju. Dah le sejuk, hujan dalam winter plak tu. Melompat lompat dalam kesejukkan. So aku mmg tak cekal la buat benda yang sama lagik. 

Aku suka pakai Booking.com. Sebab web ni senang nk check lokasi bagai. Pengguna tegar sehinggakan dapat chop genius. Satu lagik benda yang aku suka pasal Booking.com ni ialah book now pay later. Ha Camtu.. so klu ade hal nak cancel or tukar ke hape sume boleh dilakukan dengan mudah. 

Untuk next trip aku ni tema Family. So bile tema family ni kene la utamakan keselesaan. Tak kan la nk soh mak aku dok dorm kot. Tapi bukan selesa nk duduk jer.. harusla selesa nak bayar sekali kan. So Jenuh la aku geledah Booking.com tu dan Finally dapat la satu apartment 2 bilik lengkap dengan Washer machine, dryer, kitchen stove, Peti Ais dan lain lain la. Serba serbi ade. Dengan Harga RM2700 untuk 4 malam 5 org. 


Tapi aku rase RM2700 tu mahal untuk traveler misekin macam aku ni. Study punye study aku terbace pasal Travelmob. Ni link dia. http://my.travelmob.com/ Berkongsepkan Holiday Homes, Homestay, Apartments and Rooms for rent. Aku rase web ni mmg perfect untuk konsep trip aku kali ni. Kebanyakkan homestay kat bandar besar ni ialah apartment fully furnish. Lengkap seperti rumah kite. Yang bestnyer excited aku tgok deco rumah diorang ni. Modern and simple. Trus berangan nk saving renovate rumah. 

Tapi memang x semua yang ok in term of price. Depend pada owner la syarat macam mane. Ade yang cas cleaning fees mahal ade yang murah. Untuk no of guest pun ade yang cas ade yang x. Setelah naik juling mate aku ngadap Travelmob ni, finally aku jumpe gak yang berkenan dihati. Lokasi yang perfect katenyer. Dengan Harga RM1540 untuk 4 malam 5 org. Save byk kot. Senyum lebar. Actually price ni klu bagi perhead sama macam duduk hostel dorm!! Sambung senyum lebar. Tapi you need to pay full amount mase book... Hurmmm bye RM1540. Condition for cancellation plak dia return 50% jer. Sbb rumah ni condition dia strict. Strict = 50% refund 7 days before check-in (except for travelmob service fee). Ade y condition lain, lain la term dia. 


Tapi for solo traveler xyah la godek benda ni. Mmg mahal la kot. Sape yang in group mmg aku suggest guna travelmob ni. Based on experiance dealing with Wendy di alam maya ni mmg cepat respond dia. Tak sabar plak nk jumpe Wendy face to face nanti. Nanti aku cite detail pasal rumah Wendy ni yer. 

Ok la.. tu jer nk cerita. Hujan dah benti. Jom balik.